Sunday, June 9, 2013

kembali ke masa zaman silam

Ramai yang akan kata, masa yang mereka ingin kembali semula ialah zaman sekolah. Kenangan pada zaman sekolah sengat menggembirakan. Setiap kali melihat kanak-kanak bermain dan  bergelak ketawa, hati terasa sebak. Sebab... saya pernah laluinya dan saya ingin laluinya sekali lagi.
Tapi bagi saya... bukan zaman sekolah yang saya ingin laluiya sekali lagi. Saya ingin kembali ke masa sebelum dia yang saya sayang meninggalkan bumi ini.  Itulah harapan saya.  Tapi saya tahu.. masa memang tidak boleh dipatah semula kerana masa sentiasa bergerak ke hadapan. Sungai berderas mengalir ke hadapan. Dan angin juga menghembus ke hadapan. Jadi untuk ke masa itu adalah satu perkara yang tidak akan berlaku. Ssekali tidak akan berlaku. Dan sekarang.. saya perlu terus maju ke hadapan dengan penyesalan yang ada. Cuma, sekarang apa yag saya boleh harapkan ialah dia muncul dalam mimpi saya. Setiap kali saya tidur, saya berharap dia datang dalam mimpi saya walaupun hanyalah secebis bayangan. Itu lah harapan yang saya tunggu... tunggu sehingga hari itu tiba.





Saturday, June 8, 2013

Betul ke hidup yang senang tidak diduga?

 Assalamualaikum para-pari manusia sekalian...
Aku selalu tertanya-tanya sama ada hidup ini sebenarnya gembira  atau hidup ini sangat kejam. Ada sesetengah pendapat orang kata hidup ini sangat mengembirakan dan membahagikan. Aku rasa bagi yang tengah hangat bercinta je lah yang akan cakap macam tu.
Tapi bagi aku, aku takut sangat untuk hidup kat dunia ini sebenarnya. Sebab aku rasa dunia ini kejam. Penuh dengan persoalan. Apa yang akan terjadi pada masa akan datang? Pada waktu itu apa akan jadi pada aku?
Lepas tu, aku kata dunia ni kejam sebab hidup ini akan berdepan dengan kehilangan orang yang tersayang. Bila aku semakin dewasa walaupun wajah aku seperti budak form 5(orang kata, bukan aku kata), aku mula hilang satu persatu orang yang aku sayang. Contohnya sahabat aku. Masa zaman sekolah aku dengan kawan-kawan aku selalu fikir yang kita orang tak akan terpisah sampai bila-bila. Tapi hakikatnya, masing-masing ada hidup sendiri. Lepas SPM kita orang masuk university yang berasingan. Nak jumpa pun susah sebab jadual cuti berlainan. Rancang-rancang nak jumpa, tapi tak jadi. Then, orang yang aku sayang juga meninggal dunia. Sebab itu aku rasa dunia ni kejam. Tapi nak buat macam mana? hidup ni perlu diteruskan. Tak akan kita nak bunuh diri pula. Dah hidup ni kejam di dunia tak akan hidup kat akhirat juga nak kejam.
Balik kepada tajuk kita. Betul ke orang yang senang hidup dia, tak ada masalah hidup and rezeki yang melimpah tidak diduga oleh Allah?
Bila kita senang, kita selalu fikir kita tak ada masalah. Bila orang lain ditimpa penyakit, kita selalu kata 'Bersabarnya... ini semua dugaan.' Tapi, tanpa disedari kita yang sihat walafiat bertambah gemuk ni sebanarnya diduga juga.  Dugaan orang yang hidup dia senang tanpa masalah ialah samada orang tu bersyukur tak dengan rezeki yang ada. Tapi masalahnya ramai orang yang hidupnya senang, tak sedar yang dorang pun diduga.
Jadi, betapa indahnya matahari pada waktu petang, hidup ini akan sentiasa ada dugaan. Cuma dugaan itu ada yang senang dan ada yang susah. itu semua sudah ditakdirkan sebelum kita lahir lagi. Ia dinamakan... 'NASIB'. Nasib orang semuanya berbeza. Yang penting kita perlu bersabar, bersyukur dan berusaha.

Friday, February 15, 2013

Bapa Vs Tidur


                                                                   Assalamualaikum..

Kali ini kita akan merungkai mengenai seorang ayah dan juga tidur. Tidur? Err...
 semua orang ada ayah. giler lah kalau orang tu tak ada ayah. Nak dikatakan hantu and alien pun ada ayah. Fungsi si ayah ni adalah membimbing keluarganya ke arah kebaikan dan mencari rezeki untuk keluarganya. Tetai selain dari itu, si ayah juga sebenar-benarnya pakar dalam menidurkan diri mereka.
Macam ayah aku... Tak kira di mana, sama ada kat shopping mall, kat hospital dan di mana saja ada ruang untuk tidur, ayah aku akan tidur. Kali ni  bapak aku tidur kat tepi pantai pulak.
 Adakah patut.. malam tu bapa aku punya lah beria-ia ajak kita orang semua pergi port-dickson, siap suruh tidur awal lagi. tengok-tengok bapa aku kerja dia tidur je bila dah sampai port-dikson. 
Kalau kita orang dah terapung sampai ke tengah laut pun, bapa aku tak perasan.
Tak semua bapa-bapa di luar sana tu hobi dorang tidur, ada juga diantara mereka kalau ada masa mereka akan bantu isteri mereka. Bantu apa kebendanya? Dorang bantu mengemas rumah.. memasak.. menyapu lantai rumah.. jaga anak.. UISH!!  kalau dapat suami macam tu SUMPAH AKU TAK CARI LAIN.
Tapi kita tak boleh salahkan bapa-bapa di luar sana yang kuat tidur.. kasihan dorang yang bertungkus lumus dari hari isnin hinggalah jumaat untuk cari duit. So... hari-hari cuti ni, dorang nak top-up la tidur dorang yang kekurangan tu.. Macam pak cik yang lena tidur ni le..


woi woi... bangun lar

Sahabat ^^

            Cuti cina hari tu, aku dan kawan-kawan sekelas aku, menghabiskan masa satu hari untuk buat assignment arab. Kita orang pergi zoo and midvalley untuk buat assignment video tu. 

                              Yang menyampahnya, poyos giler akak yang kerja kat zoo tu. kat zoo tu kan ada kereta mini... akak tu bawa kereta mini tu macam bawa kat litar sepang! Semua orang dia nak langgar termasuklah dengan aku sekali dia nak langgar. 
mungkin memang salah aku laa tak tengok depan bila berjalan.. tapi hakikatnya nama tempat tu pun 'zoo', orang pandang kiri kanan nak tengok haiwan, tak kan nak pandang depan je. ERG!! geram aku dengan akak tu. klu kawan-kawan aku tak halang aku nk belasah akak tu.. dh lama aku belasah dia!   (macam lah berani). .



Memori yang akan aku simpan sampai bila-bila... kawan-kawan section 12 yang lain juga adalah kenangan yang aku simpan sampai aku tua kerepot..